Asam Pedas Original Melaka Ikan Merah

Che Nom
Che Nom
733.3 هزار بار بازدید - 2 سال پیش - Dah lama tak masak resepi
Dah lama tak masak resepi ikan, jadi kali ni Che Nom nak masak Asam Pedas Melaka menggunakan Ikan Merah. Resepi asal Che Nom rujuk dari channel YouTube Dapur Mok Teh. Mengikut kata pemilik channel,  ini resepi asli asam Pedas Melaka. Che Nom pulak kebetulan suka makan asam pedas.

Cara mokteh, asam pedas ini ditumis dengan bahan hiris (bawang) dan halba,biar naik wangi. Kemudian tumis pula dengan bahan-bahan kisar halus iaitu bawang, kunyit, halia, dan juga tambahan rempah ratus. Itu yang buatkan asam pedas ni sedap sangat bagi Che Nom. Nak masak pun kena sabar, kena tumis betul-betul. Kuah yang pekat, merah tu jadi tambah selera nak makan. Kalau gua ikan fresh memang terbaik. Nak ganti ikan lain macam ikan kembung pun boleh.

Resepi asal Che Nom rujuk di sini :
🔴 Cara Cepat Pandai Masak Asam Pedas ...

// Bahasa Melayu
----------------------
Bahan-bahan:
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
10 -15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 ketul kunyit hidup
1 inci halia
1 biji tomato
Bendi
5-6 helai daun limau purut
30 biji cili kering
1 ekor/ 900g ikan merah
1 sb biji ketumbar
1/2 sb jintan manis
1/2 sb jintan putih
1/2 sb biji lada hitam
1/2 sb biji halba
1 inci / 1/2 sb belacan bakar
3/4 cawan minyak masak
1 cawan jus asam jawa
Garam secukup rasa
2-3 cawan air (untuk kuah)
Serbuk perasa (pilihan)

// English
----------------------
Ingredients:
1 red onion
1 clove garlic
10 -15 shallots
5 cloves garlic
3 pieces fresh turmeric
1 inch ginger
1 tomato
Okra
5-6 pieces kaffir lime leaves
30 dried chilies
1 pc / 900g red snapper fish
1 tbsp coriander seed
1/2 tbsp fennel seed
1/2 tbsp cumin seed
1/2 tbsp black pepper seed
1/2 tbsp fenugreek seed
1 inch / 1/2 tbsp roasted fermented shrimp paste
3/4 cup cooking oil
1 cup tamarind juice
Salt to taste
2-3 cups water (for gravy)
Seasoning powder (optional)



Join this channel to get access to perks:
@chenom

Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook
2 سال پیش در تاریخ 1401/05/01 منتشر شده است.
733,380 بـار بازدید شده
... بیشتر