RESEPI RENDANG AYAM TRADISI | STEP BY STEP | MUDAH DAN SEDAP

Dayang Suri
Dayang Suri
1.1 میلیون بار بازدید - 4 سال پیش - Menu yang menjadi kebanggaan rakyat
Menu yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Kini rendang ayam sudah DIKENALI diseluruh dunia, setaraf dengan Nasi Lemak yang sinonim dan merupakan ikon makanan rakyat Malaysia! Kaum Melayu biasa menyediakan juadah Rendang ini semasa menyambut perasaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha. Makanan yang istimewa ini lazimnya dinikmati bersama Ketupat, Lemang, Nasi Minyak, Nasi Lemak, Nasi Putih dan bermacam-macam lagi. Ada pelbagai jenis resepi rendang mengikut negeri dan warisan keluarga masing-masing. Jangan lupa mencuba resepi tradisi keluarga Dayang Suri ini ye! Bahan-bahan 1ekor ayam (resepi ini menggunakan ayam seberat 1.5kg)~dipotong 16 200ml Santan Pekat@Santan Kotak Kecil 15 tangkai cili kering (kisar halus) 10 helai daun limau purut 1 helai daun kunyit 3 sudu besar kerisek 1 sudu besar gula melaka 2 sudu kecil garam halus Bahan-bahan tumisan(kisar halus) 15 biji bawang merah kecil 2 ulas bawang putih 2 inci halia 1 inci lengkuas 2 ketul kunyit hidup 4 batang serai Rempah tumis (Tiga sekawan) 1 batang Kulit Kayu Manis 3 kelopak bunga lawang 6 biji buah pelaga 1 mangkuk kecil minyak masak untuk menumis(dalam 12 sudu besar lebih kurang) Tips : Kalau nak Rendang tahan lama, jangan masukkan bawang besar sebab ia boleh membuatkan rendang cepat basi. P/s: Resepi ini sesuai untuk daging juga, langkah yang sama cuma masak lama sikit supaya daging empuk dan lembut, ingat... Sentiasa guna api kecil dan tutup dengan penutup kuali atau periuk masa tumis cili kalau tak nak dapur berkecah🤗 Music: www.bensound.com/ 📧Email : [email protected]
4 سال پیش در تاریخ 1399/05/05 منتشر شده است.
1,133,411 بـار بازدید شده
... بیشتر