Rendang Ayam Cili Api Hijau, lain macam sodap

Che Nom
Che Nom
95.1 هزار بار بازدید - 2 ماه پیش - Sempena Hari Raya Aidiladha, atau
Sempena Hari Raya Aidiladha, atau raya Haji kali ni Che Nom nak sediakan resepi rendang yang cukup sedap ,iaitu Rendang Ayam Cili Api versi tumis. Siapa yang suka makan pedas boleh cuba rendang ni. Rasa pedas tu datang dari cili api fresh yang kita guna, lain ye ia punya sedap tu kalau guna cili fresh.

Ayam yg Che Nom guna ni lambat lagi nak pencen, jadi masak pon tak lama sangat. Mudah aja nak masak, janji bahan-bahan yang kita guna tu semuanya fresh dan rempah kena sangai.
Bila bergabung dengan lemak santan dan rempah sangai homemamde, cukup terbaik. Kalau makan dengan lemang ke, nasik impit ke memang kena sangat. Nak makan dengan nasi lemak pon sodap.

//Bahasa Melayu
-----------------------------
Bahan-bahan rendang:
1 ekor ayam
8-10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 ketul kunyit hidup
3 batang serai (hiris nipis)
2 batang serai (ketuk)
1 helai daun kunyit
20-30 tangkai cili padi hijau
2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
ATAU 1 kotak kecil santan
1 asam keping
Garam secukup rasa
1 sb kerisik
Sedikit gula melaka

Bahan-bahan sangai:
1 sb biji ketumbar
1/2 sb jintan putih
1/2 sb jintan manis

//English
-----------------------------
Rendang ingredients:
1 whole chicken
8-10 shallots
4 cloves garlic
2 inches ginger
1 inch galangal
1 piece turmeric
3 sticks lemongrass (thinly sliced)
2 sticks lemongrass (tap)
1 turmeric leaf
20-30 stalks green bird's eye chilli
2 cups thick coconut milk (from 1 coconut)
OR 1 small box coconut milk
1 dried tamarind slice
Salt to taste
1 tbsp toasted coconut paste
A little bit palm sugar

Toasted spices ingredients:
1 tbsp coriander seeds
1/2 sb cumin seeds
1/2 sb fennel seeds

Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook
Jenama Kuali : https://chenom.my/kuali-yang-selalu-c...
Jenama Pisau: https://chenom.my/pisau-yang-che-nom-...
Model Blender: https://chenom.my/blender-yang-che-no...

#resepichenom
2 ماه پیش در تاریخ 1403/03/26 منتشر شده است.
95,105 بـار بازدید شده
... بیشتر