TRIVIA | IBRAHIM PENDEK | MAJLIS PERKAHWINAN & BERAPAKAH KETINGGIAN SENIMAN INI?

Channel 20 sen
Channel 20 sen
154.8 هزار بار بازدید - 2 سال پیش - #channel20sen Ketika
#channel20sen

Ketika membuat satu pertunjukan pentas di Kuala Besut, Terengganu pada tahun 1961, Ibrahim Pendek telah dikunjungi seorang gadis belasan tahun di belakang pentas.

Gadis itu merupakan anak seorang nelayan yang sanggup berjalan kaki berbatu-batu untuk bertemu dengan pelakon idolanya.

Tidak disangka pertemuan itu menjadi cinta pandang pertama bagi IBRAHIM PENDEK dan HASANAH MOHD AMIN.

Setahun kemudiannya, iaitu pada April 1962, Ibrahim Pendek diijabkabulkan dengan Hasanah di Kuala Besut, Terengganu.

Seniman Aziz Sattar telah mengetuai rombongan bagi pihak Ibrahim Pendek dalam upacara akad nikah yang dikendalikan oleh Imam Hj Muhammad Hj Hussein.

Turut hadir rakan artis dari Singapura ketika majlis perkahwinan tersebut adalah Salleh Kamil, Hashimah Yon dan Dayang Sofia.

Kesemua para nelayan di Kuala Besut dan Pulau Perhentian telah bercuti untuk menyambut dan memeriahkan lagi Majlis Persandingan anak gadis nelayan HASANAH MOHD AMIN dengan seorang pelakon popular IBRAHIM PENDEK.

Masyarakat Kuala Besut dan Pulau Perhentian berkerumun penuh sesak untuk menyaksikan majlis perkahwinan anak jati mereka dengan seorang bintang popular.

Persoalannya, Berapakah ketinggian IBRAHIM PENDEK dan isterinya HASANAH?
2 سال پیش در تاریخ 1401/10/25 منتشر شده است.
154,845 بـار بازدید شده
... بیشتر