TRIVIA | MISTERI CINCIN BIRU | BERMULANYA DI ISTANA PERAK BERAKHIR DI ARKIB NEGARA

Channel 20 sen
Channel 20 sen
217.6 هزار بار بازدید - 2 سال پیش - #Channel20senMisteri cincin
#Channel20sen

Misteri cincin pusaka berwarna biru itu bermula di negeri Perak, Darul Redzuan.

Seniwati Norizan Muhammad Noor dilahirkan di Perak pada tahun 1927. Beliau berkahwin dengan Sultan Perak ke 32, DYMM Sultan Sir Yusuf Izzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Shah pada tahun 1954.
Sempena perkahwinan itu, Sultan Yusuff Izzuddin telah memberikan sebentuk cincin bewarna biru kepada permaisurinya iaitu Norizan.

Ikatan pasangan di raja ini tidak berkekalan setelah Norizan mengenali P. Ramlee. Norizan adalah satu-satunya wanita yang menggemparkan masyarakat, dari Permaisuri Sultan, Norizan telah jatuh cinta pandang pertama dengan P. Ramlee.

P. Ramlee dan Norizan akhirnya mendirikan rumah tangga pada 6 Februari 1955. Ketika itu P Ramlee berusia 26 tahun manakala Norizan berusia 28 tahun.

Cincin berwarna biru itu kemudian Norizan memberikannya kepada P. Ramlee sebagai tanda ikatan kasih cinta mereka berdua.

Rumah tangga mereka berdua bahagia pada awal perkahwinan. Namun, Norizan terasa disisihkan dan terpinggir apabila P. Ramlee mula melonjak naik dalam kariernya.

Rumah tangga mereka mulai bergoncang semasa P. Ramlee sedang dalam pembikinan filem Ibu Mertua Ku.

Rumah tangga mereka tidak dapat diselamatkan, akhirnya P. Ramlee dan Norizan berpisah. Selepas berpisah cincin berwarna biru itu masih disimpan oleh P. Ramlee sebagai kenang-kenangan.

Pada 31 Oktober 1961, P. Ramlee dan Saloma melangsungkan perkahwinan, majlis akad nikah diadakan di rumah seniwati Musalmah di Tembeling Road, Singapura.

Dalam majlis tersebut P. Ramlee menghadiahkan cincin itu kepada Saloma sebagai tanda ikatan perkahwinan mereka.
2 سال پیش در تاریخ 1401/01/12 منتشر شده است.
217,655 بـار بازدید شده
... بیشتر