Resepi Mini Roti John | Homemade

Amalina Zolkepli
Amalina Zolkepli
69.6 هزار بار بازدید - 3 سال پیش - MINI ROTI JOHN merupakan salah
MINI ROTI JOHN merupakan salah satu menu popular di bulan Ramadan. Ianya sangat sesuai dijadikan juadah ketika berbuka puasa dan ianya sangat sesuai untuk semua peringkat umur.

Bahan-bahannya (untuk 6 biji Roti John) :

Inti daging :
400gm daging kisar
1 biji bawang holand (dicincang halus/dipotong dadu)
4 ulas bawang putih (dicincang halus)
3 sudu besar serbuk rempah kari daging
1sdt serbuk jintan manis
1sdt serbuk jintan putih
1 cawan air
4 biji lada (dipotong) (optional)
Garam & Perasa secukupnya

Roti John :
Roti frankfurter
4 biji telur
Hirisan daun sup
Butter/Marjerin (utk sapuan ditengah roti)
Sayur kobis (dihiris halus)
Sos cili & Mayonis

Tips :
1. Tumiskan bawang holand dahulu diikuti dengan bawang putih, kerana bawang putih lebih cepat garing berbanding bawang holand.
2. Bancuh serbuk kari dengan sedikit air sebelum diletakkan ke dalam kuali kerana serbuk kari yg kering akan mudah hangit sekiranya kering.
3. Air ditambah bertujuan untuk melembutkan daging.

#rotijohn #minirotijohn #homemade #menupopularramadan
3 سال پیش در تاریخ 1400/01/14 منتشر شده است.
69,628 بـار بازدید شده
... بیشتر