KU IZHAM...27 TAHUN DI BALIK TIRAI BESI!

Tanah Berdaulat TV
Tanah Berdaulat TV
611.4 هزار بار بازدید - 4 ماه پیش - (EKSKLUSIF) KU IZHAM...27 TAHUN DI
(EKSKLUSIF)
KU IZHAM...27 TAHUN DI BALIK TIRAI BESI!
Dia merupakan seorang bekas anggota polis VAT 69 Komando yang kemudiannya menjadi detektif Cawangan Jenayah Berat.
Apabila merasakan dirinya difitnah hingga dibuang kerja, Ku Izham Ku Adnan mula menyimpan dendam.
Dia mula memberontak.
Ku Izham terjerumus dalam jenayah dan terlibat dalam sekurangnya-kurangnya 39 kes rompakan termasuk kes bunuh!
Apabila tertangkap, Ku Izham dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup berserta sebatan sebelum ditukar pula ke penjara seumur hayat yang tidak mempunyai tarikh bebas.
Di dalam penjara, Ku Izham 'buat hal' lagi kerana sering bergaduh dengan wadar dan banduan hingga kerap dimasukkan ke bilik asingan serta ditukarkan ke enam buah penjara yang berlainan.
Namun penjara juga akhirnya telah mengubah dirinya daripada seorang seorang yang panas banas dan kuat memberontak kepada seorang yang mula taat dengan ajaran agama.
Daripada seorang yang tidak tahu membaca Al-Quran, Ku Izham berjaya khatam kitab suci itu lebih daripada 13 kali sepanjang penahanannya.
Ketika merasakan dirinya sudah tidak mempunyai harapan untuk keluar, bulan Januari lalu Ku Izham menerima khabar gembira apabila mahkamah memutuskan untuk membebaskannya setelah 27 tahun terkurung di balik tirai besi!
Ikuti temubual terbaru X'klusif Bersama Syahril musim ke-2 bersama Ku Izham Ku Adnan di channel Youtube Tanah Berdaulat TV pada Selasa (5 Mac) tepat jam 9 malam.
Terbaik, hanya untuk anda!
YouTube:
https://www.seevid.ir/c/TanahBerdaulatTV...
TikTok:
https://www.tiktok.com/@tanahberdaula....
#xklusifbersamasyahril
#tanahberdaulattv
4 ماه پیش در تاریخ 1402/12/15 منتشر شده است.
611,409 بـار بازدید شده
... بیشتر