EKSKLUSIF TANPA PREJUDIS : PERJUANGANKU... (Kisah perjuangan ASP Saiful Bahari Yunus)

BebasNews
BebasNews
108.4 هزار بار بازدید - 2 سال پیش - Program bual bicara khas Tanpa
Program bual bicara khas Tanpa Prejudis di kendalikan oleh Syahril A. Kadir

PADA tahun 2017, seorang bekas pegawai polis Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman, Asisten Superintendan Saiful Bahari Yunus telah ditahan bersama beberapa anggota bawahannya kerana disyaki membekalkan dadah kepada pemberi maklumat mereka di Kedah.

Bagaimanapun dia yang dikenali sebagai ‘Shadow’ mendakwa dianiaya seorang lagi pegawai berpangkat ASP daripada cawangan Narkotik (yang kemudiannya telah dituduh di mahkamah kerana terlibat dengan rasuah).

Shadow kemudian ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985, dipenjarakan di Penjara Simpang Renggam selama dua tahun sebelum mendapat perintah baharu iaitu pergantungan perintah tahanan serta dihantar ke mukim Tebrau, JB bagi menjalani hukuman sekatan.

Beliau turut dipakaikan alat peranti pemantauan elektronik (EMD) di kaki sehingga tamat tempoh sekatan baru-baru ini.

Ikuti kisah perjuangan lelaki yang pernah menerima pelbagai sijil kepujian dan keberanian daripada PDRM kerana terlibat dengan pelbagai pertempuran dengan penjenayah ini dalam usaha untuk membersihkan nama baiknya yang tercemar.
2 سال پیش در تاریخ 1401/10/09 منتشر شده است.
108,406 بـار بازدید شده
... بیشتر