RETROSPEKTIF : BILA HATI TELAH RETAK (1983)

FINAS Malaysia
FINAS Malaysia
572.4 هزار بار بازدید - 3 سال پیش - #LensaFINAS
#LensaFINAS
#RetrospektifSinema
Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2021, FINAS mempersembahkan tayangan eksklusif filem cereka 'Bila Hati Telah Retak' (1983) terbitan Filem Negara Malaysia (kini FINAS) yang telah dinaiktaraf kualitinya ke versi 2K melalui teknologi restorasi dan preservasi digital. Diarahkan Allahyarham Rahman B, filem yang dibintangi barisan pelakon handalan negara, Rubiah Suparman, Allahyarham Ismail Din, Allahyarham Abu Bakar Omar dan Allayarhamah Rokiah Shafie ini mengangkat perjuangan dan pengorbanan wanita yang bertugas sebagai bidan kerajaan di luar bandar yang berhadapan dengan pelbagai konflik melibatkan keluarga dan masyarakat.
Tonton filem hebat yang telah merangkul tiga anugerah di Festival Filem Malaysia (FFM) ke 4 (1983) iaitu Pelakon Wanita Terbaik (Rubiah Suparman), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Rokiah Shafie) dan Muzik Tema Berkesan (Rahman B dan Ibrahim Bachik) pada 13 Mei 2021/Hari Raya Pertama jam 10.00 malam di saluran YouTube FINAS Malaysia. Jangan Lupa Like, Comment, Share dan Subscribe di finasmalaysiamy

Melalui strategi pembangunan khazanah kandungan warisan audiovisual negara melalui teknologi restorasi dan preservasi digital, FINAS melalui Bahagian Makmal telah menaiktaraf kualiti video dan audio filem ‘BILA HATI TELAH RETAK' ini dengan menggunakan aplikasi Diamant dan Da Vinci Resolve 16 yang mana telah menjalani beberapa proses restorasi digital di antaranya ialah, dirt removal, sharpness improvement, brightness and contrast adjustment

● Filem ini adalah hakcipta sepenuhnya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia dan dilindungi dengan perundangan berkuatkuasa. Sebarang aktiviti muatnaik tanpa kebenaran pihak FINAS adalah satu kesalahan.

● Tayangan Filem 'BILA HATI TELAH RETAK' ini adalah bagi tujuan pendidikan dan bukan komersil**

● Semua hak cipta penerbitan ini adalah terpelihara.  Sebarang muat turun, pindahan dan suntingan semula dengan tujuan penyiaran tanpa kebenaran adalah tidak dibenarkan**
3 سال پیش در تاریخ 1400/02/23 منتشر شده است.
572,430 بـار بازدید شده
... بیشتر