Proton Suprima S vs R3 Race Car - Roda Pusing Ujian Prestasi bersama Tengku Djan Ley

RODA PUSING TV
RODA PUSING TV
202.3 هزار بار بازدید - 10 سال پیش - Proton Suprima S barangkali menjadi
Proton Suprima S barangkali menjadi permintaan ramai pula di ruang komentar Roda Pusing.

Walaupun Suprima S memberikan nilai mampu milik yang sangat baik dalam segmen C, kami pula tak merasakan yang kereta ini menjadi carian hangat masa kini. Sewaktu penggambaran juga, model Suprima S Standard pula belum dilancarkan.

Anda boleh teliti butiran lanjut Suprima S Standard di laman Proton Edar di http://goo.gl/2niQ4q

Atau lihatkan kesemua variasi model Suprima S di http://goo.gl/qiwZZq

Jika minat produk Fobo Tires sila klik pautan ini: https://my-fobo.com/

Bagi yang mungkin telah mengharapkan ulasan pandu uji yang lebih mendalam, cukup untuk kami katakan bahawa pada paras harga sekitar RM70-90k ini tiada tandingan baginya jika diukur spesifikasi & kelengkapan. Pemanduannya juga sangat mantap kecuali transmisi CVT yang tidak menggalakkan aksi lasak.

Cuma seperti biasa, mutu pembinaannya yang menjadi batu penghalang bagi ramai pembeli. Benar, mutunya kini telahpun meningkat baik, tetapi masih tidak setanding kereta segmen C lain. Mungkin harganya yang sekitar RM30k lebih murah, mampu menjadi penyejuk hati.

Apapun, kami sebenarnya memang meminati Suprima S ini. Dan jika ia dilengkapi transmisi manual 6-kelajuan, sudah pasti tempahan dibuat serta-merta.

Sekalung penghargaan kepada penaja kami Fobo Tires & pengurusan litar MIMC, Ayer Keroh, Melaka. Terima kasih juga atas kerjasama dari pihak Proton R3 dan tetamu khas Tengku Djan Ley.

Pesanan ringkas dari kami. Sila ikuti kami di:

Facebook: www.facebook.com/rodapusingmy
Instagram: @hishamjahudi
Website: www.motomassa.com.my
10 سال پیش در تاریخ 1393/09/17 منتشر شده است.
202,308 بـار بازدید شده
... بیشتر