5 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu | Bing Bahasa Melayu

Bing - Bahasa Melayu
Bing - Bahasa Melayu
123.8 هزار بار بازدید - ماه قبل - ➡️ LANGGAN untuk lebih banyak
➡️ LANGGAN untuk lebih banyak Bing: http://bit.ly/BingBahasaMelayu  ⬅️

5 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu | Kartun untuk anak-anak

00:00 Kereta api
Bing dan Pando sedang bermain dengan kereta api mainan Bing di taman permainan. Kereta api itu pandai melintasi jambatan dan hebat dalam meluncur. Tetapi ketika Bing meluncurkannya dari bumbung rumah mainan, kereta api jatuh terhempas dan pecah. Adakah Bing dapat membaikinya?

06:23 Talkie Taxi
Bing dan Sula terjumpa ‘Talkie Taxi’-, iaitu kereta mainan yang boleh bercakap yang selama ini tersembunyi di tempat Amma. Mereka kemudian bermain dan melakukan semua yang diminta oleh "Talkie Taxi" sehinggalah mereka berasa marah kerana teksi tersebut tidak mahu mendengar cakap mereka. Mereka memandunya, membasuhnya  malah turut membiarkan Hoppity dapat giliran untuk bermain juga. Tetapi apabila "Talkie Taxi" menemui kemalangan sehingga menyebabkan Hoppity terbang, Bing dan Sula tidak  mahu lagi bermain dengan teksi itu. Dapatkah mereka mencari jalan untuk bergembira lagi dengan "Talkie Taxi"?

12:46 Kasut Berloceng
Hari ini Bing bermain dengan Coco dan Charlie dan mereka sedang menari! Charlie berdiri dan cuba berjalan sendiri dan dengan bantuan kasut bayi berloceng Bing, dia dapat mengambil beberapa langkah pertamanya! Tetapi apakah perasaan Bing apabila Coco cadangkan supaya Charlie simpan kasut itu?

19:09 Kasut hujan
Hari ini adalah hari yang basah dan dipenuhi air jadi Bing memakai kasut hujannya untuk membantu Flop membuang sampah. Di halaman rumah, Bing memercik-mercikan air sambil mengikuti jejak siput tetapi apakah yang akan terjadi apabila Bing melakukan PERCIKAN BESAR dan dapati ada lubang di dalam kasutnya?

25:32 Makan Tengahari
Bing dan Sula menjadi chef hari ini dan mereka sedang membantu Amma dan Flop menyediakan makan tengahari. Pasta easy peasy- Itu kegemaran Sula. Mereka membasuh karot, memasukkan kacang pea dan menyiapkan meja untuk makan tengahari. Tetapi, apakah yang terjadi sewaktu makan tengahari dihidangkan dan Bing dapati yang semua bahan-bahan telah bercampur?
*****

Tonton lebih banyak daripada Bing:
▶️ Bing: Episod Terbaik: https://bit.ly/BingEpisodTerbaik
▶️ Bing: Episod Penuh: http://bit.ly/BingEpisodPenuh  
▶️ Bing: Kompilasi Episod Penuh: http://bit.ly/BingKompilasiEpisodPenuh    
▶️ Bing: Bit Terbaik: http://bit.ly/BingBitTerbaikMalayu
▶️ Bing: Episod Double: http://bit.ly/BingEpisodDouble

#bingMelayu
#bingEpisod

*****

🎮  "Bing: Let's Play" app (Google Play, Apple & Amazon stores) http://onelink.to/bingapps

*****

Youtube rasmi Bing Bahasa Melayu – tempat tinggal buat Bing, Sula, Flop, Pando dan kesemua rakan-rakan mereka.

Bing ialah seorang kanak-kanak  prasekolah sejati yang suka bermain dengan rakan-rakannya. Dia sangat berminat untuk mencuba perkara-perkara baru, dan dia selalu bersemangat untuk melayari kehidupan! Bing penuh dengan perasan ingin tahu, positif dan ikhlas, dan oleh kerana dia masih kecil, dia sering melalui banyak perkara buat pertama kalinya.Benar, adakalanya dia mendapat benjolan kecil, atau tertumpahkan sesuatu, atau mengalami kekecewaan yang tidak dijangkakannya, tetapi pada saat-saat itulah, Bing dapat mengenal emosinya! Di sisi Bing ada Flop, seseorang yang membawa bersamanya kesabaran, kasih sayang dan kebaikan, dan seseorang yang selalu membuatkan sesuatu menjadi lebih baik.

Duduk dan nikmati klip-klip hebat bersama  kompilasi-kompilasi bertema yang menyeronokkan – ditambah dengan video muzik yang direka untuk menggerakkan dan menggembirakan Bingsters di seluruh dunia. Ia adalah gaya Bing!

➡️ Laman web: https://www.bingbunny.com
➡️ Instagram: Instagram: BingBunny
➡️ Facebook: Facebook: BingBunny

   

© ACAMAR FILMS LIMITED
ماه قبل در تاریخ 1403/05/16 منتشر شده است.
123,868 بـار بازدید شده
... بیشتر