KISAH DI SEBALIK TUGU PETAGAS WAR MEMORIAL SABAH (Double Tenth). #GerilaKinabalu #RevolusiJesselton

Wellz Official Channel
Wellz Official Channel
9.5 هزار بار بازدید - 3 سال پیش - Pensejarahan Gerila Kinabalu dan Peristiwa
Pensejarahan Gerila Kinabalu dan Peristiwa Double Tenth sudah tentu tidak begitu dikenali kerana ianya tidak diwar-warkan seperti juga Komando Semut namun ini tidak bermakna kita boleh melupakannya.  Dan mungkin ramai anak Sarawak mahupun Sabah tidak mengetahui bahawa menariknya sejarah Gerila Kinabalu walaupun pada asasnya untuk perjuangan orang Sabah sebenarnya dipimpin oleh seorang anak Sarawak yang bernama Albert Kwok.  
Siapakah Albert Kwok?
Dilahirkan pada tahun 1921 di Kuching, Sarawak dengan nama sebenarnya Kwok Fen Nam merupakan anak kepada pasangan doktor gigi di Kuching. Pada usianya belasan tahun, dia telahpun dihantar oleh ayahnya untuk mendalami ilmu perubatan tradisional Cina di Negara Tembok Besar China.  Umum mengetahui bahawa hubungan Jepun dengan China sememangnya bermusuh sejak sekian lama dan semangat anti-jepun itu telah meresap di jiwa masyarakat Cina di Negara Tembok Besar ini berabad lamanya.  
Dan kerana itulah Albert Kwok juga turut terpalit dengan sentimen ini sehingga membenarkan beliau juga turut membenci Jepun sekembali beliau ke Kuching dan seterusnya menetap di Jesselton untuk mengembangkan perniagaan perubatan tradisionalnya di sana pada tahun 1940.  Klinik perubatan tradisional Albert Kwok dikatakan agak popular di Jesselton sehingga membenarkan beliau mempunyai kenalan yang ramai baik daripada pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan di North Borneo sehinggalah ke wilayah Filipina yang merupakan jiran tetangga kepada North Borneo.  
Segalanya berubah apabila Jepun mula menduduki North Borneo ketika Perang Dunia Kedua berlangsung dan kerakusan tentera Jepun telah menyebabkan operasi klinik perubatan tradisionalnya turut disekat dengan segala macam perkara pada ketika itu.  Dengan menggunakan pengaruh dan kepercayaan bersama-sama dengan dokongan kuat daripada pemimpin masyarakat North Borneo inilah Albert Kwok menubuhkan satu pasukan gerila yang dikenali sebagai Gerila Kinabalu.  
Gerila Kinabalu
Ianya merupakan satu pasukan yang terdiri daripada lebih kurang 300 orang daripada pelbagai etnik dan agama North Borneo untuk menentang kekejaman tentera Jepun di North Borneo.  Ditubuhkan selang beberapa minggu selepas pendudukan Jepun di North Borneo sekitar Disember 1942.  
Keanggotaan Gerila Kinabalu ini bukan hanya pada masyarakat Cina di North Borneo khususnya yang mendiami Jesselton pada masa itu sebaliknya turut dianggotai oleh sekumpulan masyarakat etnik North Borneo yang berjiwa kental.  Pemimpin-pemimpin tempatan seperti Jules Stephen (Kadazan), Mustapha Harun (Bajau), Panglima Ali serta ramai lagi turut bersatu hati memerangi kekejaman Jepun ke atas rakyat North Borneo pada masa itu.  
Seperti Komando Semut yang mendapat latihan taktikal ketenteraan daripada pasukan askar Komanwel, Gerila Kinabalu turut sama diberikan latihan yang sama iaitu daripada pasukan tentera di wilayah Filipina mahupun daripada askar komanwel sendiri.  Disinilah peranan Lieutenant-Colonel Francis George Leach “Gort” Chester yang merupakan seorang anggota tentera British dari unit Z Special turut memberikan buah fikirannya. Selain daripada itu, Gerila Kinabalu juga mendapat bantuan daripada kumpulan anti-Jepun di wilayah Filipina.  
Oleh kerana Chester merupakan antara anggota tentera daripada unit risikan maka beliau sering berpindah randah dari satu tempat ke tempat lain.  Dan dikatakan kemuncak kepada Peristiwa Double Tenth oleh Gerila Kinabalu diluar pengetahuan beliau kerana segalanya sudahpun diatur terlebih dahulu oleh Albert Kwok dan pemimpin tempatan yang lain.  Namun begitu kejayaan Peristiwa Double Tenth itu tetap menjadikan Jepun “gentar” dengan semangat juang anak tempatan pada masa itu.  
Peristiwa Double Tenth (10/10/1943)
Peristiwa Double Tenth merupakan satu perang yang dilancarkan oleh Gerila Kinabalu ke atas tentera Jepun yang bermaharajalela di Jesselton (Kota Kinabalu sekarang).  Ianya dilancarkan pada tarikh 10 Oktober 1943 (10/10) dan perang yang dilancarkan ini telah menggoyah kedudukan tentera Jepun di Jesselton pada masa itu.  
Titik tolak kepada perang yang dilancarkan ini adalah sebenarnya bermula pada Oktober 1943 apabila melalui intipan mereka dikatakan tentera Jepun mempunyai perancangan untuk menangkap lebih kurang 2000 anak tempatan North Borneo.  Kesemua anak muda lelaki hendak dijadikan sebagai buruh bagi membangunkan infrastruktur yang musnah teruk sewaktu perang berlangsung.  Bukan itu sahaja, rancangan Jepun untuk menangkap anak gadis tidak kira daripada etnik bagi dijadikan “hamba seks” tentera Jepun juga turut membuatkan semangat mereka untuk membunuh Jepun di North Borneo membuak-buak.
3 سال پیش در تاریخ 1400/03/12 منتشر شده است.
9,569 بـار بازدید شده
... بیشتر