‘MEMBEDAH’ BENTONG KALI

Tanah Berdaulat TV
Tanah Berdaulat TV
90.1 هزار بار بازدید - 11 ماه پیش - Era 90'an menyaksikan kemunculan seorang
Era 90'an menyaksikan kemunculan seorang penjenayah yang digelar ‘trigger happy’ kerana membunuh sekurang-kurangnya 16 orang mangsanya.

P. Kalimuthu atau lebih dikenali sebagai Bentong Kali juga akan diingati kerana secara peribadi telah menghubungi Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan dan mencabar pegawai kanan polis itu untuk menangkapnya.

Walaupun Bentong Kali telah lama maut di hujung senjata pasukan Unit Tindakhas (UTK) dalam satu serang hendap pada 29 Jun 1993, cerita-cerita mengenai lelaki ini terus kedengaran malah ada yang menganggap dia adalah 'hero' di sebalik kegiatan jenayahnya itu.

Malam ini kami menjemput bekas wartawan, Cik Suganthi Suparmaniam untuk berkongsi pengalamannya membuat kajian dan penyelidikan mengenai Bentong Kali di Facebook X’klusif Bersama Syahril dan Youtube channel Tanah Berdaulat TV tepat pukul 9 malam nanti.
11 ماه پیش در تاریخ 1402/07/06 منتشر شده است.
90,194 بـار بازدید شده
... بیشتر