Doa Agar Mudah Tidur - Insomnia (Susah Tidur) | Interaktif

Zamir Aizat
Zamir Aizat
430.7 هزار بار بازدید - 8 سال پیش - Maksudnya : Ya Allah, telah
Maksudnya : Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, Engkau Maha Hidup dan Berdiri dengan sendiri, tidak mengantuk dan tidak tidur. Wahai yang Maha Berkuasa, tenangkanlah malamku dan lelapkanlah mataku.

Doa Supaya Mudah Tidur

Keterangan & Petua Beramal

Diriwayatkan oleh At-Tabrani dan Ibn al-Sunni, dari Hajjaj bin Imran As-Sadusi, dari Amru bin Al-Husain, dari Muhammad bin Abdillah dari Thaur bin Yazid dari Khalid bin Ma’dan dari Abdul Malik bin Marwan bahawa bapanya pernah mengatakan bahawa Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada Nabi saw tentang penyakit tidak boleh tidur malam yang menimpanya, lalu baginda SAW mengajarnya doa di atas.

Menurut hadith riwayat Ibnu Sunni, Zaid bin Thabit r.a yang mengalami masalah sukar untuk tidur (insomnia) akhirnya dapat tidur dengan nyenyaknya berkat beramal dengan doa yang diajar oleh Nabi SAW ini.

Menurut pengarang buku Doa & Rawatan pesakit, doa ini boleh dibacakan pada pesakit dan air. Caranya iaitu, letakkan tangan kanan atas dahi semasa membaca doa dan tiup kedua belah biji matanya.
Air yang telah dijampi dengan doa ini boleh digunakan untuk diminum dan untuk mandi.
8 سال پیش در تاریخ 1395/05/11 منتشر شده است.
430,708 بـار بازدید شده
... بیشتر