Legenda - Sheila Majid (Official Audio)

Getaran Nostalgia By EMI Malaysia
Getaran Nostalgia By EMI Malaysia
589 بار بازدید - 5 سال پیش - Sheila Majid (dilahirkan sebagai Shaheila
Sheila Majid (dilahirkan sebagai Shaheila binti Abdul Majid; 3 Januari 1965) atau juga dikreditkan sebagai Sheila dalam beberapa album terawalnya, merupakan salah seorang penyanyi wanita Malaysia. Beliau juga dikenali sebagai Ratu Jazz Malaysia kerana kebolehan beliau menyanyikan lagu Pop Jazz.

Pada tahun 1985 muncul dengan album pertamanya yang bertajuk ‘Dimensi Baru’, yang kemudiannya memenangi pengiktirafan emas. Seterusnya, menerusi album ‘Emosi’ yang dikeluarkan setahun berikutnya, menjadi suatu kelainan yang lebih ketara khususnya pada genre muzik yang diperkenalkan olehnya. Sentuhan muzik Jazz dan R&B yang ketara telah membuka minda masyarakat ketika itu untuk meneroka genre muzik, khususnya musik Jazz yang dipelopor olehnya. Menerusi album Emosi juga, Beliau telah mendapat kepakaran dari negara jiran, termasuk susunan dan ciptaan lagu. Justeru, beliau cuba untuk menguji pasaran di Indonesia dan berjaya meraih populariti di sana di samping memenangi beberapa anugerah muzik Indonesia.

Sheila telah melakar sejarah apabila mendapat anugerah platinum untuk album ‘Warna’ pada tahun 1988. ‘Legenda’  (1990) merupakan album keempatnya menampilkan lagu-lagu klasik yang diilhamkan daripada idolanya, P. Ramlee. Menerusi album ini, selain daripada lagu ‘Lagenda’, terdapat lagu-lagu P. Ramlee yang kembali mencapai status lagu hit hasil daripada sentuhannya. Walaupun ada yang mengkritik, namun lagu ‘Bila Larut Malam’, ‘Tiru Macam Saya’, ‘Manusia’, 'Engkau Laksana Bulan' dan ‘Bunyi Gitar’ telah mencipta gaya baru dalam generasi muda ketika itu.

Kalau dah tengok, jangan lupa LIKE & SUBSCRIBE!

Follow Universal Music Malaysia on
Instagram : Instagram: universalmu..
Facebook : Facebook: universalmuz..
Twitter : Twitter: UMDomestic
Youtube : https://www.seevid.ir/fa/result?ytch=UC7Hs...

#getarannostalgia #sheilamajid
5 سال پیش در تاریخ 1398/11/12 منتشر شده است.
589 بـار بازدید شده
... بیشتر