Penyakit Batu Karang - Punca, Gejala, Simptom dan Rawatan Batu Karang. Cara Menghancurkan Batu

Ikram Rauhi
Ikram Rauhi
111.5 هزار بار بازدید - 3 سال پیش - Assalamualaikum w.b.tPenyakit batu karang adalah
Assalamualaikum w.b.t

Penyakit batu karang adalah sakit yang teruk dan ia disebabkan oleh pembentukan batu di saluran air kencing.

Antara punca yang menyumbang kepada pembentukan batu karang :
1. Kurang Minum Air
2. Pengambilan Makanan Tinggi Kandungan Garam
3. Keadaan Penyakit Tertentu
4. Supplement / Ubat Tertentu

Keadaan di atas menyebabkan badan berisiko untuk menghasilkan batu karang.

Antara jenis batu yang mungkin terjadi :
1. Batu Kalsium
2. Batu Struvite
3. Batu Asid Urik
4. Batu Cystine

Gejala dan simptom yang dialami oleh pesakit juga akan dinyatakan di dalam video. Pelbagai simptom mungkin dialami oleh pesakit dan tidak terhad kepada sakit di belakang sahaja. Mungkin pesakit akan mengalami gejala berkaitan jangkitan kuman di saluran air kencing / kencing kotor.

Bagi rawatan pula, ianya bergantung kepada keadaan individu tersebut
Ubat tahan sakit mungkin akan diberikan untuk mengawal simptom sakit, selain itu ubat antibiotik dan ubat larutkan batu juga mungkin akan disyorkan bergantung kepada keadaan pesakit.

Prosedur perubatan juga termasuk dalam rawatan penyakit batu karang ini. Contoh seperti :
1. Eswl : Extracorporeal Shock Wave Lithotripsy
2.Stent
3.Nephrostomtomy
4.Pembedahan buang batu karang

Selamat menonton.

#batukarang
#sakitbatukarang
#ubatbatukarang
#puncabatukarang
3 سال پیش در تاریخ 1399/12/05 منتشر شده است.
111,542 بـار بازدید شده
... بیشتر