Orang Kedah Pun Tak Kenal Ubi Telampong (Bahagian 1) | Resepi Tok Kedah

DESTINASI TV
DESTINASI TV
229.9 هزار بار بازدید - 3 سال پیش - Jangan lupa tonton bahagian ke-2
Jangan lupa tonton bahagian ke-2 episod ini:    • Gotong-Royong Masak UBI TELAMPONG (Ba...   Di daerah Kampung Teluk, Mukim Binjal menyimpan sebuah rahsia hidangan yang berabad lamanya. Ubi Telampong merupakan sejenis manisan yang dihasilkan secara gotong-royong saban tahun pada musim kemarau. Selepas padi dituai, tanaman seperti tebu dan ubi kayu juga telah matang dan sesuai diambil hasilnya. Ilham orang tua dahulu kala, mereka menggunakan masa ini untuk begotong royong menghasilkan Ubi Telampong. Hidangan ini berasaskan 3 bahan-bahan utama iaitu ubi kayu, air tabu dan batang pokok bemban. Ubi kayu yang diambil segar dibuang kulitnya dan direndam semalaman. Tebu pula disisik kulitnya dan dibasuh sehingga bersih. Tatkala awal pagi, ketika dingin, mereka menggunakan kerbau untuk mengapit batang tebu tadi mengeluarkan air tebu. Kulit batang pohon bemban pula digunakan untuk menghasilkan bekas ataupun dikenali sebagai jut, tempat untuk meletak ubi yang telah dibersihkan. Tonton Siri Resepi Tok di bawah:- Resepi Tok Pulau Pinang :    • Resepi Tok Pulau Pinang   Resepi Tok Ramadan :    • Resepi Tok Ramadhan   Resepi Tok Langkawi :    • Resepi Tok Langkawi   Resepi Tok Perlis :    • Resepi Tok Perlis   _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan. Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum. Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
3 سال پیش در تاریخ 1400/12/19 منتشر شده است.
229,998 بـار بازدید شده
... بیشتر