Catch & Cook| BERKELAH SANTAI ATAS BOT SAMBIL MEMANCING. AFC 40

AtanK Fishing Channel
AtanK Fishing Channel
79.3 هزار بار بازدید - 3 سال پیش - Assalamualaikum wbt. Seperti biasa Atank
Assalamualaikum wbt. Seperti biasa Atank kembali beraktivi atas bot dengan memasak hasil tangkapannya. Untuk video kali ini sengaja Atank tidak masukkan sebarang lagu latar agar kita sama-sama dapat menikmati bunyi-bunyian suara alam semula jadi sepanjang sungai. Abaikan kehadiran bunyi dr enjin bot.hihihihi... #BaungKuningBuatAbangPening #HanyaSekadarHobi #DariHobiJadiLauk #JanganLupaSedekah Boleh juga lihat video-video kami yang lain di link Semoga terhibur. RESEPI KENG SOM IKAN BAUNG(sangat rekomen resepi ini kerana sangat sedap) Bahan-bahan:- 2 ekor ikan baung 1/2 biji nenas kangkung 2 batang serai 4-8 biji limau kasturi Garam 2 Asam keping Gula(pilihan) Bahan kisar:- 2 biji cili merah 8 biji cili padi merah 1 biji bawang besar 7 ulas bawang putih 1 inci belacan (pilihan) 1 inci kunyit hidup 1 inci halia (boleh tambah lengkuas) Cara-cara masak:- Masukkan bahan kisar dan air dalam periuk dan masak hingga mendidih. masukkan. Masukkan nenas dan serai serta asam keping. Biar mendidih 5-10 minit. Masukkan ikan baung. biarkan mndidih 5 minit. Masukkan perahan limau kasturi.(boleh tambah jika kurang masam) Perasakan dengan garam dan gula (serbuk perasa) Masukkan kangkung dan terus tutup api. Selesai.
3 سال پیش در تاریخ 1400/11/19 منتشر شده است.
79,359 بـار بازدید شده
... بیشتر