Char Kuey Teow LEGEND Di Penang, 60 Tahun Masih Memasak! | Resepi Tok

DESTINASI TV
DESTINASI TV
752.4 هزار بار بازدید - 4 سال پیش - Char Kuey Teow merupakan sebuah
Char Kuey Teow merupakan sebuah makanan kegemaran rakyat Malaysia.  Di negara ini sahaja, terdapat pelbagai variasi Char Kuey Teow ini dari segi resepi, cara masakkan, dan jumlah hidangan.

Antara bahan yang digunakan dalam pembuatan Char Kuey Teow ini ialah, kicap, sos cili, daun kucai, kerang, ketam, dan banyak lagi.

Dalam episod Resepi Tok hari ini, kami melawat ke Kedai Kopi Bee Hwa yang sangat terkenal dengan menu Char Kuey Teow mereka.  Terletak di Pulau Pinang ( Penang Island) kedai ini telah beroperasi sejak tahun awal 80-an lagi sehingga kini.

Puan Angie Ng yang mewarisi perniagaan ini dari Bapanya kini telah meneruskan operasi hingga kini.  Dalam episod ini, Fendi bertanyakan tentang liku dan cabaran hidup beliau, disamping belajar sendiri cara memsak Char Kuey Teow yang terkenal ini.

Bahagian 2 akan ditayangkan pada 19 November 2020 Pada jam 5:00 Petang

Episod 2 Char Kway Teow Bee Hwa: (Link)

Mengimbau memori sejak kecil, TOK adalah rakan akrab yang mendidik anak cucu mengenai tradisi dan budaya kulinari tempatan. Atuk dan neneklah yang memperkenalkan kita kepada kepelbagaian rasa, aroma, warna dan tekstur yang terdapat dalam ribuan makanan yang disuap sebelum kita mengenali namanya.

Melalui siri Resepi Tok, hos Destinasi TV, Fendi Mohammad
(https://instagram.com/official_fendi....) akan membawa anda semua pulang ke kampung halamannya di Pulau Pinang untuk mempelajari sejarah di sebalik hidangan-hidangan tradisi yang sudah dinikmati ratusan tahun di bumi bertuah ini.

Resepi Tok bakal mendedahkan kepada anda, rahsia di sebalik makanan tradisi yang enak, proses pembuatannya dan yang paling penting kupasan rasa yang menyelerakan oleh Fendi.

#ResepiTok #CharKueyTeow #DestinasiTV

Subscribe ke channel Destinasi TV: https://bit.ly/2y97bxp
Ikuti juga Destinasi TV di:
Facebook: DestinasiTV
Instagram: destinasitv
TikTok: destinasitv
Twitter: Destinasitv
https://www.dimsum.my/programme-freem...

Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan  darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.

Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.

Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
4 سال پیش در تاریخ 1399/08/28 منتشر شده است.
752,460 بـار بازدید شده
... بیشتر