(OST Tilam Perca) Halim Ahmad - Terlalu Rindu | Demo Version

Neurotic Studio
Neurotic Studio
167.5 هزار بار بازدید - 4 سال پیش - Lagu ciptaan sepenuhnya oleh saya
Lagu ciptaan sepenuhnya oleh saya ini sebenarnya masih di peringkat demo dan dalam simpanan library lagu. Disebabkan ramai yang bertanya setelah mendengarnya melalui satu video tribute yang saya tujukan khas buat allahyarham adik Amir (Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek), saya release lagu ini untuk menghargai sokongan anda semua.

Kisah adik Amir yang dibesarkan selama 6 tahun oleh keluarga angkat yang sangat menyayanginya sebelum akhirnya diserahkan kepada ibu kandung telah menjadi viral pada tahun 2021 kerana setelah 3 bulan di bawah jagaan ibu kandungnya, beliau ditemui mati dalam tong simpanan air di rumah mereka di Melaka. Semoga Allah memberi kesabaran kepada keluarga angkat Amir & diangkat darjat mereka di sisi Allah. InsyaAllah Amir anak syurga, tiada dosa. Tenanglah Amir di sana.


TERLALU RINDU
Lagu/lirik : Halim Ahmad
Hakcipta : Neurotic Studio

Mengapa Kau hadirkan dia untukku
Bersamanya telah kutempuh onak liku
Di sisinya cukup semua yang kuperlu
Tiada lagi ingin kupinta dariMu

Mengapa sebentar semuanya kurasa
Bahagia ini lenyap sekelip mata
Aku tak mahu dia
Hilang dan terus berlalu pergi
Namun semuanya sudah terjadi

Oh Tuhan aku terlalu lalu rindu
Teramat amat sayang
Sampai akhir waktu
Tak mungin kan berganti
Rasa kasih ini
Hanya Engkau saja Yang Mengetahui
4 سال پیش در تاریخ 1399/11/14 منتشر شده است.
167,570 بـار بازدید شده
... بیشتر