Benarkah AHMAD NISFU Hidup Sebatang Kara Di AKHIR HAYATNYA? - Kelibiru

iSham Story
iSham Story
901.5 هزار بار بازدید - 4 سال پیش - Kalau nak tahu perjalanan Seni
Kalau nak tahu perjalanan Seni AYU, anak kepada Seniman S. Sudarmaji, Boleh ke CHANNEL Beliau. Link di bawah.. Boleh SUBSCRIBE Sekali.. JOM SUPPORT: Channel Ayu 20 Sen    / @ayu20sen78   Siapa yang tidak mengenali Ahmad Nisfu? Beliau merupakan seorang Penulis, Pelawak dan pelakon filem melayu pada era 1950an sehingga tahun 1970an yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia dan singapura, serta populariti beliau masih kekal sehingga ke hari ini. Mohamed bin Nisfu atau nama seninya Ahamd Nisfu dilahirkan di Medan, Indonesia pada tahun 1908 tetapi dibesarkan di Kampung Makam, Tanjung Tokong, Pulau Pinang. Beliau merupakan anak sulung daripada empat adik beradik. Isteri pertama Ahmad Nisfu ialah Saadiah binti Musa berasal dari Kedah dan meninggal dunia pada tahun 1939 selepas melahirkan anak kedua. Selepas kematian isteri pertama, beliau berhijrah ke Singapura sebelum merdeka pada tahun 1950-an. Di Singapura, beliau telah menikahi isteri keduanya, Chik binti Osman. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata tetapi mempunyai lima orang anak tiri serta cucu-cucu tiri. Sewaktu kecil, beliau dan keluarga telah berhijrah ke Pulau Pinang dan menetap serta membesar di Kampung Makam, Tanjung Tokong, George Town, Pulau pinang. Beliau yang berpendidikan Madrasah meminati bidang lakonan sejak dari kecil lagi. Beliau terdedah dalam dunia pentas bangsawan melalui Bapanya yang juga merupakan seorang tokoh utama dalam Wayang Kassim iaitu sebuah syarikat Wayang Bangsawan di Pulau Pinang.Beliau telah menyertai satu kumpulan bangsawan di Pulau Pinang dan kemudian menyertai kumpulan bangsawan Seri Noran di Kuala Lumpur pada tahun 1950-an. Pementasan bangsawan itu telah membawanya ke Singapura dimana beliau kemudian menjadikannya sebagai tempat tinggal tetapnya sehingga keakhir hayat. Semasa di Singapura, Ahmad Nisfu bertambah aktif dalam bidang lakonan di pentas-pentas bangsawan sehinggalah namanya menjulang naik. Ketika itu namanya sebaris dengan tokoh-tokoh bangsawan yang lain seperti Shariff Medan, Yem, Khairuddin, Udo Omar, Malek Sutan Muda, Puteh Lawak, Mak Dara, Habsah dan Siti Tanjong Perak. Pada tahun 1950an, beliau bertukar angin untuk menceburi bidang perfileman. Filem pertama beliau ialah ANAK PONTIANAK pada tahun 1958 diikuti dengan filem GERGASI, juga pada tahu 1958. Nama Ahmad Nisfu semakin menjulang naik apabila P Ramlee mengambilnya berlakon dalam filem PENDEKAR BUJANG LAPOK pada tahun 1959. Dalam filem-filem arahan P Ramlee, Ahmad Nisfu sering diberi watak penting dan lakonan beliau sering meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton sehingga ke hari ini. Antara Filem Ahmad Nisfu dibawah arahan P Ramlee: 1. Pendekar Bujang Lapok (1959) 2. Musang Berjanggut (1959) 3. Nujum Pa Belalang (1959) 4. Antara Dua Darjat (1960) 5. Seniman Bujang Lapok (1961) 6. Ibu Mertua ku (1962) 7. Nasib si Labu Labi (1963) 8. Madu Tiga (1964) 9. Tiga Abdul (1964) Beliau banyak memegang watak-watak komedi dan ada kalanya memegang watak berat sepanjang penglibatannya di dalam dunia perfileman. Dalam satu kenyataan, P ramlee pernah mengatakan bahawa pelakon-pelakon yang dikaguminya ialah bintang Hollywood Stewart Granger, Marlon Brando dan seniman tanahair iaitu Ahmad Nisfu. P Ramlee Sering memanggil Beliau dengan gelaran ‘Pak Besar’ kerana lubang hidung beliau yang besar dan hubungan mereka adalah erat seperti bapa dan anak. BENARKAH AHMAD NISFU HIDUP SEBATANG KARA DI AKHIR HAYATNYA? Pernah tersebar beberapa berita di blog dan facebook sejak beberapa tahun yang lalu yang mengatakan Allahyarham Ahmad Nisfu Hidup sebatang kara dan mengharapkan ehsan dari orang ramai di penghujung hayatnya. Namun berita ini adalah tidak benar sama sekali, kerana ada beberapa bukti menunjukkan Ahmad Nisfu menghembuskan nafas yang terakhir di sisi keluarga tersayang. Bukti pertama adalah melalui sebuah akhbar yang tersiar pada 26 Jun 1972 menjadi bukti bahawa Ahmad Nisfu meninggal dunia dalam keadaan baik disamping isterinya, Cik Binti Osman serta dikelilingi oleh ahli keluarga --Ikuti kisah Dalam video ini sehingga habis-- Terima kasih kerana telah menonton video ini dan jika anda suka video ini sudilah kiranya LIKE dan SHARE dengan rakan-rakan anda, dan jangan lupa untuk melanggan atau SUBSCRIBE supaya anda tidak terlepas video terkini di CHANNEL ini. Sumber Rukukan: 1. ms.wikipedia.org/wiki/Ahmad_Nisfu 2. www.thepatriots.asia/benarkah-ahmad-nisfu-hidup-se… 3. filemklasikmalaysia.blogspot.com/2017/12/ahmad-nis… 4 www.beritaharian.sg/gah/mencungkil-kebenaran-tenta… 5. platinummedia-x.blogspot.com/2014/08/sejarah-hidup… Background music: instrumental lagu melayu -selara -    • instrumental lagu melayu _ selara   #kisahhidupahmadnisfu #infomasi #kelibiru
4 سال پیش در تاریخ 1399/02/02 منتشر شده است.
901,515 بـار بازدید شده
... بیشتر