Zoo Negara sambut ulang tahun kelahiran dua harimau

Harian Metro
Harian Metro
7.2 هزار بار بازدید - 3 سال پیش - Dua harimau belang yang diberi
Dua harimau belang yang diberi nama Wira dan Hebat mendapat hidangan istimewa sempena ulang tahun kelahiran haiwan itu di Pusat Konservasi dan Pameran Giant Panda, Zoo Negara, pada Sabtu.

Wira dan Hebat dijamu daging beku yang dihias seperti kek di kandang mereka.

Timbalan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia, Rosly @ Rahmat Ahmat Lana berkata, nama Wira dan Hebat itu diilhamkan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Menurutnya sehingga kini, pihaknya hanya tinggal 200 ekor saja harimau di Malaysia dan zoo akan berusaha untuk membiakkan haiwan itu.

Rosly berkata, mereka tidak mempunyai masalah menjaga harimau sebaik mungkin bermula dari disusukan sehingga makan lapan kilogram daging sehari.

-------------------------------------
#HMETRO #METROTV

Please visit our website for more news http://www.hmetro.com.my
Please like Facebook: harianmetro
Please follow Twitter: hmetromy
And also our Instagram: hmetromy
3 سال پیش در تاریخ 1400/02/11 منتشر شده است.
7,276 بـار بازدید شده
... بیشتر