No Bake Lotus Biscoff Cheesecake | Kek Paling Mahal?

Che Nom
Che Nom
1.2 میلیون بار بازدید - 4 سال پیش - Lotus Biscoff Cheesecake yang viral
Lotus Biscoff Cheesecake yang viral satu Malaysia. Dikenali juga sebagai Lotus Speculoos, kat Europe panggil speculoos, dan biasanya di UK dan US dipanggil biscoff. Selain cream cheese…2 bahan utama cheesecake ni adalah Lotus Biscoff cookies, dan Lotus Biscoff spread. Kemudian Ada 3 bahagian, iaitu untuk buat base, kedua untuk filling tengah iaitu adunan cheese, dan ketiga, hiasan topping atas cheesecake.Rujuk video untuk cara nak dapatkan dripping effect yang cantik pada hujung video.

Nota Penting : Tambah 1.5 sudu besar serbuk gelatin yang dibancuh dengan 3-4 sudu besar air panas untuk dapatkan texture cake yang lebih stabil (sbb kadang2 ada yang putar whipping cream tak pekat elok, jadi cair adunan tu). Lebih tahan lama bila diluar peti sejuk bila letak gelatin.
Gelatin Halal ada dijual!

Saiz Loyang : 9 inci

//Bahasa Melayu
---------------------------------------
1 bungkus/156g biskut Lotus Biscoff
5 sudu besar/71g mentega
500g cream cheese
¼ cawan /32g gula aising (boleh kurang kepada 3 sudu besar untuk kurang manis)
260g Lotus Biscoff Spread Smooth
⅛ sudu kecil garam halus
1 cawan/ 250ml dairy whipping cream

Bahan untuk hiasan:
140g Lotus Biscoff Spread Smooth
2 sudu besar serbuk biskut Lotus Biscoff

//English
---------------------------------------
1 pack / 156g Lotus Biscoff biscuits
5 tbsp / 71g butter
500g cream cheese
¼ cup / 32g icing sugar (may reduce to 3 tbsp for less sweet)
260g Lotus Biscoff Spread Smooth
⅛ teaspoon of fine salt
1 cup / 250ml dairy whipping cream

Ingredient for decoration:
140g Lotus Biscoff Spread Smooth
2 tbsp Lotus Biscoff Cookie crumbs

Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook
#resepichenom #lotusbiscoff
4 سال پیش در تاریخ 1399/05/20 منتشر شده است.
1,212,321 بـار بازدید شده
... بیشتر