Mingguan Amanz - Android 6.0 Marshmallow, Intel RealSense, Xiaomi MIUI 7

Amanz
Amanz
3.2 هزار بار بازدید - 9 سال پیش - Pada minggu ini, salah satu
Pada minggu ini, salah satu topik utama yang menarik perhatian adalah pengumuman nama Android M, iaitu Android Marshmallow. Google turut mengesahkan yang mana ia akan menggunakan angka versi Android 6.0 untuknya.

Pada minggu ini, acara Intel Developer Conference turut mengambil tempat, dan pihak Intel berkongsi mengenai pengenalan Intel RealSense pada lebih banyak peranti dan juga platform - termasuk kerjasama dengan Project Tango bersama Google, selain sebuah peranti khusus untuk PC daripada Razer.

Telekom Malaysia pada minggu ini turut mengambil peluang untuk berkongsi mengenai Unifi Advance yang mana hadir dalam dua pilihan kelajuan muat-turun iaitu 30Mbps dan juga 50Mbps.

Xiaomi pada acara di India turut telah memperkenalkan sistem operasi terbaru MIUI7, yang mana hadir dengan beberapa ciri-ciri baru, termasuk integrasi pengecaman wajah, serta beberapa fungsi khusus tambahan.

Dan akhir sekali, WhatsApp pada minggu ini turut telah memperkenalkan sokongan WhatsApp Web untuk iPhone, sekaligus membawa sokongan tersebut untuk semua peranti dengan akses ke WhatsApp.
9 سال پیش در تاریخ 1394/05/31 منتشر شده است.
3,271 بـار بازدید شده
... بیشتر