【4K|HDR】PART 3 | BUKIT BINTANG | KUALA LUMPUR NIGHT LIFE | 2:00 AM | NIGHT WALK

Peek Hike
Peek Hike
452.5 هزار بار بازدید - 12 ماه پیش - PART 3;Saya telah di marahi
PART 3;
Saya telah di marahi seorang pondan pada minit ke 16:26 kerana seorang pelanggannya telah tergesa gesa meninggalkan lokasi apabila terkejut melihat saya berjalan sambil memegang kamera pada minit ke 15:49, dapat lihat mereka mula berurusan pada minit ke 15:37


PART 1;
【4K|HDR】PART 1 | BUKIT BINTANG | KUAL...

PART2;
【4K|HDR】PART 2 | BUKIT BINTANG | KUAL...

PART 4;
【4K|HDR】PART 4 | BUKIT BINTANG | KUAL...

PART 5;
【4K|HDR】PART 5 | BUKIT BINTANG | KUAL...


Sejarah nama "Bukit Bintang"

Terdapat sebuah bukit setinggi kira-kira 50m yang terletak berhampiran Kampung Dollah suatu ketika dahulu. (Kampung Dollah bagaimanapun sudah tiada oleh kerana pembangunan, kawasan itu digunakan untuk pembinaan Jalan Changkat Thambi Dollah dan Jalan Barat).

Oleh kerana faktor geografi tanah yang tinggi di bukit itu, pemandangan langit dan bintang di kawasan bukit ini sangat jelas terutama pada waktu malam. Bukit yang setinggi 50m itu dijadikan penduduk setempat sebagai tempat riadah dan rehat pada waktu malam sambil menyaksikan keindahan langit dan bintang. Mereka memanggil Bukit itu sebagai "Bukit untuk melihat bintang". Lama kelamaan penduduk menyebut penempatan itu sebagai "Bukit Bintang" dan ia kekal sehingga ke hari ini.

Walau bagaimanapun, oleh kerana faktor pencemaran cahaya pada zaman sekarang, bintang bintang di langit tidak lagi jelas kelihatan dari Bukit Bintang berbanding pada zaman dahulu.

Video ini dirakam sekitar pukul 2.00 pagi di Jalan Bukit Bintang.



~Record in HLG (Hybrid Log Gamma), mastered in HDR~
Copyright © 2023 Peek Hike. All Rights Reserved.

#bukitbintang      #kualalumpurnightlife      #bukitbintangnightlife
12 ماه پیش در تاریخ 1402/06/12 منتشر شده است.
452,557 بـار بازدید شده
... بیشتر