Biskut Chocolate Chip yang famous!

Che Nom
Che Nom
925.7 هزار بار بازدید - پارسال - Jom kita tengok Che Nom
Jom kita tengok Che Nom sediakan biskut raya terpaling laris iaitu Biskut coklat Chips ala Famous Amos.
Hasil biskut sangat light, berongga dan rangup bila dimakan.

Dalam video ni ada banyak info mengenai bahan-bahan dan juga tips yang Che Nom kongsikan. Kalau anda kategori beginner, tonton lah sampai habis kalau jangan skip.
Che Nom sangat rekomen resepi ni pada sesiapa yang nak buat berniaga.

TIPS PENTING:
1. Butter perlu dalam keadaan lembut tapi masih sejuk. Jangan sesekali cairkan butter.
2. Sejukkan/rehat adunan sangat penting untuk hasil biskut yang lebih sedap.
3. Sejukkan doh dulu minimum 1 jam/semalaman dan baru bentuk kecil2.
4. Kalau taknak bentukkan guna sudu, boleh gentel dengan jari. Pastikan doh masih agak keras dan SEJUK.
5. Untuk dapat bentuk cantik macam Famous Amos, tak perlu bulatkan dengan sempurna sebelum bakar
6. PENTING untuk bakar doh biskut dalam suhu yang sejuk dan masih keras.
7. Kalau doh yg dah bentuk tu lembik, masukkan dalam peti sejuk 10 min atau sampi keras sikit, kemudian terus keluarkan dan bakar.
8. Boleh susun rapat-rapat masa dalam peti sejuk, tapi bila nak bakar sila susun dengan penjarakkan sosial.
9. Biskut dah masak kalau keperangan. Masa panas memang lembik. Kalau betul2 sejuk baru lah jadi rangup.
10. Suhu & masa bergantung pada oven masing-masing


//Bahasa Melayu
------------------------------
Bahan-bahan:
250g mentega tanpa garam
1 cawan/ 200g gula perang
1/2 sk garam
1 biji telur
1 sk esen vanila
2 1/2 cwn / 310g tepung gandum
1/2 cwn/ 60g tepung jagung
4 sb / 54g minyak jagung
1 sk serbuk penaik
1 sk soda bikarbonat
350g coklat chip

//English
-----------------------------
Ingredients:
250g unsalted butter
1 cup/ 200g brown sugar
1/2 tsp salt
1 egg
1 tsp vanilla essence
2 1/2 cups / 310g plain flour
1/2 cup/ 60g corn starch
4 tbsp / 54g corn oil
1 tsp baking powder
1 tsp baking soda
350g chocolate chips

Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook
Jenama Kuali : https://chenom.my/kuali-yang-selalu-c...
Jenama Pisau: https://chenom.my/pisau-yang-che-nom-...
Model Blender: https://chenom.my/blender-yang-che-no...

#resepichenom
پارسال در تاریخ 1402/01/22 منتشر شده است.
925,729 بـار بازدید شده
... بیشتر