Akan Datang!! Konsert Jeffrydin & The Rythmn Boys (promo)

BloomAbyzz
BloomAbyzz
37 هزار بار بازدید - 9 سال پیش - Kebiasaan konsert 60an tahun-tahun hanya
Kebiasaan konsert 60an tahun-tahun hanya mengundang penyanyi-penyanyi sahaja. Yang di undang hanyalah belian tetapi intan permata di ketepikan. Tetapi buat jurung kali ini dan untuk mengembalikan nostalgia 60an, pihak penganjur iaitu Cendawan Kembang Singapura akan mengadakan konsert Datok Jeffrydin dan The Rythmn Boys. Datok Jeffrydin dan The Rythmn Boys akan di gandingkan kembali setelah lebih 50tahun dengan haluan masing-masing. Mereka akan menggegarkan pentas Kallang Theatre pada 20hb February 2016. Singapura  bakal digemparkan dengan konsert gandingan Datok Jeffrydin & The Rythmn Boys yang belum pernah digandingkan di mana-mana pentas persembahan. Jangan lepaskan peluang mendapatkan tiket-tiket dan bawa bersama ibu bapa, datok nenek, pak cik mak cik, adik – adik, abang kakak, keluarga dan rakan-rakan kerana ini akan berlaku hanya sekali, satu malam sahaja dan mungkin tiada lagi Konsert gandingan Raja Pop Yeh Yeh dan Kugiran Lagenda irama 60an pop yeh yeh itu. Konsert yang akan menjanjikan satu persembahan nostalgia – nostalgia kenangan zaman-zaman dahulu yang sememangnya susah untuk dilupakan. Tiket-tiket berharga $45 & $65 akan mula dijual awal bulan Januari 2016 di Mizzy Corner Blk 2 Changi Village Rd #01-26 Tel :9793 1103 dan di Tawakkal Trading 01-1029 Joo Chiat Complex (Sebelah Muzika Rekod) Tel : 8164 4786.
9 سال پیش در تاریخ 1394/10/11 منتشر شده است.
37,033 بـار بازدید شده
... بیشتر