Sutun 2 2006

aaa
aaa
2 میلیون بار بازدید - 11 سال پیش - Pelakon : Ku Mohd Yusri
Pelakon : Ku Mohd Yusri Ku Abd Rahman, Kazaruddin Saisi, Rosnah Johari, Nasrizal Ngasri, Nurul Dhena Mohd Sahib, Mohd Hanis Kamarudzaman, Sharifah Shahora Syed Akil  

Telemovie SUTUN telah mendapat 5 pencalonan di Anugerah Sri Angkasa 2005 yang berlangsung pada 10 dan 11 Mac 2006 ini. Kali ini telemovie ini kembali dengan sekuelnya, SUTUN 2. Sutun kembali menyorot kisah Adek yang melanjutkan pelajaran ke institut pengajian awam di Kuala Lumpur, bersama dengan Zeta kawan baiknya dari kampung. Di sana dia berkenalan dengan Sabri dan Fitri.

Apakah yang lebih menakutkan lebih dari perasaan sendiri? Kali ini Sutun 2 cuba mengupas permainan perasaan seorang insan seperti Adek apabila dia mula mengenal erti cinta dan mula mengenal seniornya, Lukman. Tetapi dapatkah dia merealisasikan perasaan cinta itu apabila ia adalah cinta terlarang. Bagaimana pula dengan Lukman? Dapatkah dia menerima Adek?

Di sana juga Adek bertembung dengan Nuar dan kawan-kawannya yang nakal, Leman dan Tajul. Nuar mempunyai sejarah hitam dan amat membenci golongan lelaki lembut. Sara merupakan satu persoalan yang menyebabkan Nuar amat membenci golongan ini. Dan apabila rahsia mengenai Sara dan sejarah hitam Nuar menjadi perbualan hangat di kampus, Nuar menyalahkan Adek, dengan prasangka bahawa Adek yang menyebarkannya.

Dalam masa yang sama, Khalid berjumpa dengan ibu dan bapa kepada Adek dan menyuarakan hasrat untuk bertukar menjadi lelaki sejati. Ini kerana dia bimbang nasib yang akan menimpanya di masa akan datang. Dengan itu bapa kepada Adek memulakan misi mengubah Khalid dan kawan-kawannya menjadi lelaki sejati. Sehinggalah suatu hari Khalid bertemu dengan Yam..

Bagaimanakah kehidupan Adek di kampus? Mampukah dia mengharungi kehidupan sebagai seorang pelajar lelaki yang lembut. Dan saksikan kisah di sebalik nama Sara dan rahsia hitam Nuar. Bagaimana pula kisahnya Khalid menjadi lelaki sejati? Nantikan tayangannya di televisyen akan datang.
11 سال پیش در تاریخ 1392/10/17 منتشر شده است.
2,083,330 بـار بازدید شده
... بیشتر