Kecoh! Pembangkang keluar Dewan, bantah usul terhadap Wan Saiful

KiniTV
KiniTV
66.3 هزار بار بازدید - ساعت قبل - Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan
Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan bakal dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen susulan kenyataan bahawa kes mahkamahnya boleh dimanipulasi untuk dibatalkan atau digugurkan. Usul merujuk pemimpin Bersatu itu ke jawatankuasa berkenaan diluluskan melalui undian blok disokong majoriti Ahli Parlimen kerajaan manakala wakil rakyat blok pembangkang bertindak keluar dewan sebagai tanda protes hari ini. Ia bagaimanapun menjadi tumpuan kerana langkah protes itu berlangsung hanya kurang seminit sebelum Yang di-Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul menangguhkan sidang untuk rehat tengah hari. Terdahulu, sebelum keputusan tersebut dibuat, situasi kecoh bermula apabila Ronald Kiandee (PN-Beluran) selaku Ketua Whip Bersatu bangkit mempersoalkan keputusan Speaker, Johari Abdul membenarkan usul terbabit dibawa dengan menyifatkan ia sebagai subjudis. Sumber video: youtube.com/live/DE6fWX1ZSPA
ساعت قبل در تاریخ 1403/07/08 منتشر شده است.
66,348 بـار بازدید شده
... بیشتر