Kullama Naadaytu Ya Hu كلما ناديت

afnizami smail
afnizami smail
21.5 هزار بار بازدید - 12 سال پیش - Renunglah firman Allah s.w.t. :"Hanya
Renunglah firman Allah s.w.t. :
"Hanya dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang."[Ar-Ra'd : 28]
Ketenangan hakiki itu sebenarnya ada pada Allah s.w.t. Dan Allah itu, terlalu hampir dengan kita. Bahkan, terlalu hampirnya Allah s.w.t. sehingga digambarkan dalam satu lagi firman-Nya :
"Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya."[Qaf : 16]
Maka, kenapa kita mencari ketenangan dari selain Dia (Allah)? Alam ini dan segala isinya, bukankah semuanya itu adalah ciptaan dari Allah s.w.t.
Mencari ketenangan daripada selain Allah, semuanya cuma bersifat sementara. Hari ini, mungkin tenang. Hari esok, kita tidak tahu apakah kita akan menghadapi hari dengan baik.
Tetapi, bila kita mencari ketenangan daripada Dia, maka kita sangat-sangat pasti, kita akan dapat menghadapi hari-hari esok dengan lebih baik kerana kita tahu, Allah sentiasa menemani kita.

Mohonlah dan berdoalah agar terlerai segala kekusutan..
Marilah kita Sentiasa ingat kepada Allah..
12 سال پیش در تاریخ 1391/10/13 منتشر شده است.
21,573 بـار بازدید شده
... بیشتر