YUKA KHARISMA - KU BERSEDIA | OFFICIAL MTV GIRLFRIEND KONTRAK

Primeworks Studios - Film
Primeworks Studios - Film
627.7 هزار بار بازدید - 9 سال پیش - Grand Brilliance mempertaruhkan lagu Ku
Grand Brilliance mempertaruhkan lagu Ku Bersedia sebagai lagu tema filem #GirlfriendKontrak, sebuah filem romantis lakonan Keith Foo dan Risteena Munim. Lagu nyanyian Yuka Kharisma, seorang penyanyi baharu kelahiran Indonesia, telah digubah oleh Pay Burman serta tulisan lirik oleh Dewiq

Yuka Kharisma, 28, atau lebih mesra disapa sebagai Yuka mula dikenali selepas memenangi tempat kelima dalam program Indonesian Idol pada tahun 2008. Penyanyi dibawah naungan Mentari Records ini mula menambat hati peminat muzik tempatan sejak tahun lalu melalui lagu Dan Tiada Luka gubahan komposer Azlan Abu Hassan dan Shah Samshiri.

Lagu Ku Bersedia mengisahkan tentang permulaan sebuah kisah cinta yang diikat janji setia untuk menuju kehidupan bahagia. Lagu yang amat mendayu-dayu ini dinyanyikan dengan penuh penghayatan oleh Yuka, pasti akan membelai jiwa penonton-penonton filem Girlfriend Kontrak yang bakal ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia pada 24 September ini.

Informasi dan gambar-gambar dari filem Girlfriend Kontrak boleh didapati di laman web Facebook Grand Brilliance di www.facebook.com/grandbrilliance ataupun layari laman web Twitter kami di Twitter: GrandBrilliance dan Instagram @grandbrilliance.

#GirlfriendKontrak
#‎GFK
#24September15
9 سال پیش در تاریخ 1394/05/30 منتشر شده است.
627,737 بـار بازدید شده
... بیشتر