Nora Elena | Episod 1

Drama Sangat Official
Drama Sangat Official
404.8 هزار بار بازدید - 5 سال پیش - Nora Elena | Episod 1
Nora Elena | Episod 1 Mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang wanita bernama Nora Elena yang terganggu hidupnya akibat dihantui pengalaman pahit dirogol 10 tahun yang lalu. Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham. Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan. Nora dan Idham yang dahulunya ibarat burung merpati sejoli, kini menjadi tidak sehaluan dan sering bertukar rasa cemburu dan marah. Secara tiba-tiba, Idham membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena akibat dari salah faham Idham yang menyangkakan bahawa Nora mempunyai hubungan dengan Seth Tan, majikan Idham sendiri. Apa yang mampu dizahirkan oleh seorang wanita hanyalah tangisan dan jeritan yang tidak mampu didengari sesiapa. Penderitaannya bertambah perit tatkala bisikan liar dan kata-kata hati yang sering mengingatkan Nora tentang apa yang telah mengubah statusnya daripada seorang perawan yang suci kepada sesuatu yang amat pahit untuk ditelan sendiri. Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Sedalam manakah kejujuran lelaki misteri ini dan apakah jawapan di sebalik kehadirannya? Pelakon : Siti Saleha, Aaron Aziz ,Zul Ariffin, Wan Sharmila #NoraElena Tonton episod penuh di: www.tonton.com.my/ Langgan Youtube kami: ► TV3: bit.ly/2u3wcJV ► TV9: bit.ly/2ML14If ► DS: bit.ly/2KuVyXd Ikuti Instagram kami: ► TV3: www.instagram.com/tv3malaysia/ ► TV9: www.instagram.com/tv9malaysia/ ► DS: www.instagram.com/dramasangat/
5 سال پیش در تاریخ 1398/08/14 منتشر شده است.
404,881 بـار بازدید شده
... بیشتر