Demonstrasi Kraf Boneka Kepala Singa oleh Master Siow Ho Phiew

MycraftShoppe Official
MycraftShoppe Official
88.7 هزار بار بازدید - 3 سال پیش - #demokraf
#demokraf #mycraftshoppe  #krafmalaysia

Mari saksikan bagaimana kraf boneka kepala singa ini dihasilkan oleh Master Siow Ho Phiew dari Selangor.

En. Siow Ho Phiew telah dilantik sebagai Adiguru Kraf Boneka Kepala Singa oleh Kraftangan Malaysia pada tahun 2012. Adiguru kraf adalah seseorang yang mempunyai tahap kepakaran yang tinggi di dalam seni kemahiran ketukangan, penciptaan dan penggubahan barangan sesuatu bidang kraf warisan tempatan.

Master Siow Ho Phiew mempunyai kepakaran dalam menghasilkan boneka kepala singa dan mempunyai kumpulan tarian singa sendiri. Beliau juga sering menerima jemputan untuk berkongsi ilmu dan membuat pertunjukan tarian singa dari dalam dan luar negara.
Produk boneka kepala singa keluaran syarikatnya sering mendapat pujian dari negara luar seperti negara China kerana boneka keluarannya lebih kemas dan tahan lasak.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Follow, Like & Share

Facebook : Facebook: mycraftshoppe.official
Instagram :Instagram: mycraftshoppe.official
TikTok: TikTok: mycraftshoppe

Klik jer https://www.mycraftshoppe.com untuk pembelian produk kraf secara online
3 سال پیش در تاریخ 1400/03/29 منتشر شده است.
88,758 بـار بازدید شده
... بیشتر