Noraniza Idris - Empat Dara (Official Lyric Video)

SuriaRecords (SRC)
SuriaRecords (SRC)
7.8 هزار بار بازدید - 2 سال پیش - #NoranizaIdris
#NoranizaIdris #Iktiraf #SuriaRecords #Traditional #Irama #Classic #ClassicalMusic #Malaysia #MalaysiaMusic #MuzikMalaysia

“Iktiraf” merupakan album studio ke-10 oleh Noraniza Idris. Album ini berada di pasaran pada 27 November 2000. Beliau sekali lagi menggunakan khidmat Pal Ngah sebagai penerbit dan penggubah lagu untuk beberapa lagu yang terkandung.

Menerusi album ini Noraniza Idris dan Pak Ngah merakamkan lagu-lagu klasik dengan susunan muzik yang lebih rancak. Adunan kontemporari ini dibuat khas untuk menarik minat anak muda supaya menarik meminat mereka terhadap irama tradisional. Album ini juga menuntut Noraniza Idris untuk lebih mendalami pelbagai jenis rentak tarian Zapin. Ia banyak ditonjolkan dalam persembahan lagu “Manira”, “Logamaya” dan “Ya Salam”.

Jika “Bekaba” lebih kepada ekperimen terhadap bunyi-bunyian asli Dayak, album kali ini kembali ke tunas Melayu. Pengaruh Arab yang banyak dalam lagu Melayu ditonjolkan dalam lagu-lagu berentak Zapin dan Ghazal. Lagu “Empat Dara” menyaksikan beliau bernyanyi dengan rentak yang lebih laju, begitu juga lagu Asli “Kuala Mersing”.

Menerusi lagu “Iboq (Kita)”, beliau meneruskan kesinambungan eksperimentasinya untuk bunyian Dayak dan Pribumi. Ketika rakaman lagu ini, beliau mengundang pemuzik orang asli untuk turut sama merakamkan lagu-lagu ini menerusi alat muzik tradisional mereka. “Logamaya” merupakan lagu ‘tribe’ beritma Arab yang rancak dan menuntut seni tari yang lebih komited.

Dengarkan album ini di Spotify: https://tinyurl.com/IktirafSpotify

Dengarkan album ini di Apple Music: https://tinyurl.com/IktirafAppleMusic

Dengarkan album ini di JOOX: https://tinyurl.com/IktirafJOOX

Dengarkan album ini di KKBOX: https://tinyurl.com/IktirafKKBOX


Dapatkan album fizikal “Iktiraf” untuk koleksi anda di sini sekarang: https://tinyurl.com/IktirafShopee




Trivia tentang "Empat Dara":

1. Lagu ciptaan Atan Ahmad ini sekali lagi menyaksikan penglibatan Ahmad Jusoh di dalam pembikinan album ini sebagai penulis lirik.

2. Elly Mazlein pernah mencetuskan kembali populariti lagi ini menerusi sosial media apabila beliau menyanyikan sebahagian lagu ini di dalam drama Kampung People.

3. Akibat dari populariti "Empat Dara" yang berpunca dari Elly Mazlein itu, penyanyi dan komposer terkenal Faizal Tahir telah bertindak menghasilkan versi baru "Empat Dara" bersama Zizi Kirana dan Elly Mazlein sendiri.




Noraniza Idris - Empat Dara
Muzik: Atan Ahmad
Lirik: Ahmad Jusoh
Terbitan: Suwah Music Publishing Sdn. Bhd.
2 سال پیش در تاریخ 1401/08/27 منتشر شده است.
7,821 بـار بازدید شده
... بیشتر