CEGAH SEBELUM PARAHOPERASI HAPUS KACAU GANGGU DI PREMIS KEDIAMAN 28 MEI 2024

Majlis Bandaraya Pulau Pinang - Rasmi
Majlis Bandaraya Pulau Pinang - Rasmi
18.1 هزار بار بازدید - ماه قبل - CEGAH SEBELUM PARAHOPERASI HAPUS KACAU
CEGAH SEBELUM PARAH
OPERASI HAPUS KACAU GANGGU DI PREMIS KEDIAMAN
28 Mei 2024
Sebuah premis di Daerah Barat Daya telah didapati menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk sekitar dengan longgokan sisa barang lusuh. Berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan 1976 di bawah Seksyen 82, Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah mengeluarkan Notis Menghendaki Kacau Ganggu Dihapuskan kepada pemilik premis pada 14 Mei 2024. Pemilik premis tersebut telah dengan sengaja tidak mengambil sebarang tindakan pembersihan dan masih membiarkan premis beliau dalam keadaan yang meloyakan.
Sehubungan itu, Jabatan Penguatkuasaan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang pagi tadi telah menerajui satu Operasi Bersepadu bersama pihak Pejabat Kesihatan Daerah Barat Daya, Polis DiRaja Malaysia dan jabatan-jabatan dalaman seperti Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Jabatan Kesihatan Persekitaran.
Sebelum dan selepas operasi ini bermula, laporan polis telah dibuat berhubung perkara ini dan tindakan rampasan barang-barang lusuh telah dilaksanakan. Satu (1) buah lori telah digunakan untuk tujuan rampasan ini dan dianggarkan berjumlah sebanyak 1 tan barang-barang lusuh berjaya dikutip. Pemilik premis tersebut akan dikenakan caj mengikut kadar yang ditetapkan bagi kerja-kerja menghapus kacau ganggu.
Barisan anggota Polis DiRaja Malaysia yang bertugas pada operasi ini berjaya mengawal situasi dan emosi pemilik premis yang cuba bertindak agresif  menghalang pegawai Majlis Bandaraya Pulau Pinang melaksanakan kerja-kerja menghapus kacau ganggu.
Pada masa yang sama pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Barat Daya telah menjalankan pemeriksaan bekas-bekas berpotensi pembiakan nyamuk dan telah menemui bekas tempat pembiakan jejentik. Tindakan  penguatkuasaan yang sewajarnya sedang dipertimbangkan kerana pemilik tidak mematuhi Notis Seksyen 8 Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 kerana mengakibatkan premisnya menjadi tempat pembiakan jejentik yang boleh membawa kepada penyebaran wabak denggi.
Operasi Bersepadu ini tamat pada jam 10.50 pagi setelah kawasan pekarangan premis telah dibersihkan.
“MEMIMPIN SAMBIL BERKHIDMAT”
ماه قبل در تاریخ 1403/03/10 منتشر شده است.
18,171 بـار بازدید شده
... بیشتر