KRAI WATERPARK | TAMAN TEMA AIR KUALA KRAI | TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KUALA KRAI

Addashuk Channel
Addashuk Channel
9.3 هزار بار بازدید - 6 ماه پیش - Krai Water Park adalah hasil
Krai Water Park adalah hasil dari usahasama Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) dan ST Amusement (M) Sdn. Bhd.

Usaha membawa masuk restoran francais McDonald's ke Kuala Krai yang kini telah pun tercapai dan McDonald's Kuala Krai telah pun dibuka. Pihak Majlis Daerah Kuala Krai dalam masa yang sama juga sedang menarik pelaburan luar untuk datang memajukan jajahan Kuala Krai.

Pasukan pelaburan dan ekonomi yang diketuai oleh YM. Yang Dipertua MDKK, telah berjaya membawa masuk satu lagi tarikan pelancongan baru yang mampu mengubah senario pelancongan domestik di daerah Kuala Krai khususnya.

Kini Kuala Krai akan mempunyai Taman Tema Air (Krai Water Theme Park) yang terletak bersebelahan Mini Zoo Kuala Krai dan bakal dibuka pada 15 Januari 2024.

Krai Water Park ini dilengkapi dengan prasarana yang cukup menarik dan dibangunkan sesuai bagi semua peringkat umur seisi keluarga. Dengan keluasan tapak seluas 2 ekar, Krai Water Park ini boleh dikategorikan sebagai antara yang terluas dan lengkap dalam negeri Kelantan buat masa ini.

Inisiatif yang dilakukan oleh pihak YM. Yang Dipertua MDKK bersama Tuan Setiausaha MDKK dan Ahli Majlis Daerah Kuala Krai adalah sebagai langkah menghidupkan semula aktiviti pelancongan dalam kawasan Bandar Kuala Krai dan dijangka akan menarik lebih ramai pengunjung luar untuk beriadah di kawasan Bandar Kuala Krai selepas kejayaan pembukaan Mini Zoo Kuala Krai sebelum ini. Pemaju Krai Water Park iaitu ST Amusement Sdn. Bhd. ini telah diluluskan di dalam Jawatankuasa Pusat Setempat dan telah pun siap sepenuhnya dan akan dibuka pada 15 Januari 2021.

Dengan usahasama antara pihak Majlis dan ST Amusement Sdn. Bhd secara tidak langsung dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan khususnya penduduk Kuala Krai.

Krai Waterpark akan menjadi salah satu tempat menarik di Kuala Krai dan seterusnya menjadi tempat wajib pergi di Kuala Krai apabila pengunjung datang ke Kuala Krai.

Jom beramai-ramai untuk berkunjung ke Taman Tema Air Kuala Krai ataupun dikenali dengan nama Krai Water Park pada hari pembukaan 15 Januari 2024. Ikuti kami di laman facebook Rasmi Krai Waterpark untuk informasi, maklumat dan hebahan semasa.

Ini adalah video drone Krai Waterpark iaitu Taman Tema Air pertama di Kuala Krai dan akan menjadi salah satu tempat wajib singgah di Kuala Krai.

#mdkkdihati
#kualakraikubersih
#KELANTANKUBERSIH
#foryoupage
#hellotiktok
#tiktokmalaysia
#fyp
6 ماه پیش در تاریخ 1402/10/14 منتشر شده است.
9,340 بـار بازدید شده
... بیشتر