🔴 [LIVE] SIDANG MEDIA PEMENANG & JURI ANUGERAH JUARA LAGU 36, MARKAH AINA& MARSHA SANGAT DEKAT TAPI.

Budiey Channel
Budiey Channel
51.1 هزار بار بازدید - 2 سال پیش - Tahniah buat lagu Pelukan Angkasa
Tahniah buat lagu Pelukan Angkasa nyanyian kumpulan Sekumpulan Orang Gila (SOG) dan Shila Amzah mencipta kejutan apabila mengungguli Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) yang disiarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Kuala Lumpur (PWTC), malam tadi.

Lagu ciptaan Raja Nazrin Shah dan Fazleena Hishammuddin muncul juara pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-36 yang disiarkan secara langsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Menewaskan 11 lagu yang lain, melayakkan lagu Pelukan Angkasa nyanyian SOG dan Shila Amzah  membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi bersalut emas.

Naib juara dimenangi penyanyi Marsha Milan dengan lagu Cinta yang membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi. Tempat ketiga disandang lagu Mimpi nyanyian Haqiem Rusli yang menawarkan ganjaran wang tunai RM30,000 dan trofi.

Seperti menepati ramalan, Aina Abdul memenangi Vokal Terbaik, manakala Persembahan Terbaik dimenangi lagu Cinta nyanyian Marsha Milan.

Barisan juri AJL 36 dibarisi oleh Datuk Mozhani Ismail (Ketua Juri), LY, Datuk Syafinaz Selamat, Dato' Acis, Mike Chan, Helen Yap, Altimet, Edrie Hashim, Faizal Tahir dan Datuk Habsah Hassan

Naib Juara: Cinta – Marsha Milan
Tempat ketiga: Mimpi – Haqiem Rusli
Vokal Terbaik: Aina Abdul – Sepi
Persembahan Terbaik: Marsha Milan – Cinta
Penyanyi Pilihan Popular AJL: Aina Abdul & Khai Bahar

AJL36 dihoskan oleh Alif Satar dan Nabila Huda manakala acara karpet merah dikendalikan oleh Sissy Iman serta Sean Lje. Pembuka tirai disajikan persembahan yang bakal diingati ramai dibarisi oleh Datuk Jamal Abdillah, Mas Idayu, Ayda Jebat dan kumpulan Cassia. Selain itu, persembahan interlude AJL36 dihiburkan oleh kumpulan Wings.

Anugerah berprestij ini yang berlangsung di Dewan Merdeka World Trade Centre (WTC), kembali dengan kehadiran penonton secara fizikal berskala kecil seramai 200 orang terdiri daripada petugas media dan peminat-peminat.

Terima kasih buat kalian yang sudi menonton, sudi LIKE, sudi KOMEN dan sudi SUBSCRIBE!

💯 ANDA JUGA BOLEH IKUTI BUDIEY DI:
□ Portal: https://www.budiey.com
□ Instagram: Instagram: budiey
□ Twitter: Twitter: budiey
□ Facebook: Facebook: BudieyDotCom
□ Youtube: budieychannel
□ Podcast:: https://anchor.fm/budieychannel
□ Vlog: https://cutt.ly/HnAOWsZ

❤️ HULURKAN DERMA SUMBANGAN UNTUK SUPPORT BUDIEY:-
Patreon: budiey

MUSIC FOR YOUTUBE:
□ Music Epidermic: https://cutt.ly/ynFRaYe

EMAIL & CONTACT :
□ Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact:
[email protected]

MERCHANDISE BUDIEY:
□ Baju T: https://cutt.ly/9nAOnlc
2 سال پیش در تاریخ 1400/12/15 منتشر شده است.
51,154 بـار بازدید شده
... بیشتر